Monday, December 28, 2009

Selamat Menyambut 2010


Barisan JPM TNB 2010 terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga DPP TNB. Kepada semua juga diucapkan selamat kembali ke kampus UUM bagi meneruskan pengajian masing-masing. Kepada mahasiswa yang baru memasuki UUM sekalung tahniah kami ucapkan kerana berjaya menjejakkan kaki ke sini. Selamat menempuhi dunia pencarian ilmu di Lembah Sintok ini.

Untuk makluman rakan-rakan DPP TNB, barisan JPM untuk tahun ini menampilkan wajah dan muka baru dalam kabinet 2010. Barisan ini telah pun menerima watikah perlantikan secara rasmi pada 23 Disember 2009 di dalam satu Kursus Pengurusan Organisasi yang telah berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson. Watikah tersebut disampaikan secara langsung oleh Y.Bhg. Profesor Dr. Mohammad Taib di dalam Majlis Bacaan Ikrar JPM COB.

Atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak DPP TNB terutamanya oleh Y.Bhg. Dr Amlus yang merupakan Pengetua DPP TNB, maka kami barisan JPM TNB 2010 bertekad untuk berusaha bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dalam usaha memikul tanggungjawab ini kami sudah pasti amat mengharapkan kerjasama serta bantuan dari seluruh warga DPP TNB untuk bersama mengembleng satu tenaga ke arah memupuk semangat Satu Malaysia.

Blog ini akan menjadi medan perhubungan antara kami dengan anda. Setiap aktiviti dan projek DPP TNB akan kami salurkan melalui laman ini. Di masa yang sama kami juga menjemput anda semua untuk memberi pandangan serta buah fikiran di dalam menambahkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal menjadi memori terindah kehidupan di alam kampus.