Sunday, February 14, 2010

Cabaran & Dugaan

Salam semua. Kali ini setelah kami mempunyai sedikit masa , kami kembali menaip untuk berkongsi pendapat. Rentetan daripada apa yang berlaku sepanjang bulan Januari dan juga awal bulan Februari. Selamat membaca ya..

Sesungguhnya pelbagai rintangan dan dugaan yang kami hadapi.. Walaupun ramai yang sedar bahawa kami adalah barisan baru JPM namun kami tidak langsung diberi peluang malah kami ditekan dan dilemparkan pelbagai tuduhan.. Kami sedar kami tidak sempurna namun adakah menjadi satu kesalahan untuk kami memulakan perjalanan kami dengan perlahan ?? Memang diakui barisan JPM lalu memang mempunyai barisan yang mantap dan pencapaian yang boleh dibanggakan.. Namun percayalah yang kami akan sedaya upaya mencuba untuk membuat yang terbaik demi warga TNB...

Baru-baru ini pelbagai isu yang telah dinaikkan.. Isu apa tidak perlulah saya ungkitkan.. Kami faham akan rungutan dari anda.. Kami rasai apa yang anda rasai kerana dahulu kami juga seperti anda semua.. Tapi kini kami harus menjalankan tugas.. Contohnya seperti isu pemberian pelekat kebenaran.. Kami tahu ada pihak yang kurang berpuas hati tentang kegagalan mendapatkan pelekat kenderaan ini.. Kelulusan pelekat ini memang diserahkan kepada barisan JPM namun kami tidak mengamalkan dasar kroni dalam pemilihan tersebut.. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan penilaian oleh MT dan akhirnya dibincangkan dengan PPA.. Akhirnya satu keputusan akan dibuat..

Rata-rata barisan JPM kali ini terdiri daripada semester 4 dan ada juga dari semester 2.. Kami tegaskan disini bahawa kami menghormati senior-senior kami.. Tanpa mereka siapa lar kami.. Dan mereka tidak dapat dinafikan telah membawa banyak jasa dan kegemilangan kepada dpp TNB.. Namun hormat itu bukan bermakna kami perlu tunduk dan mengikut telunjuk anda.. Dasar hormat itu haruslah dihargai dan janganlah cuba mencabar kesabaran dan integriti kami.. Sekiranya terdapat apa-apa masalah datanglah bersemuka dengan kami.. Janganlah kita jadikan medan siber seperti facebook, twitter, blog dan pelbagai lagi sebagai satu medan serang menyerang.. Laman-laman ini adalah bertujuan untuk berkongsi informasi dan pengalaman namun jika digunakan sebagai satu medan untuk serang menyerang apakah rasionalnya kami meneruskan semua itu ??? Bukankah bersemuka dengan kami dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat...

Cukup sudah kami catitkan apa yang tersirat di hati.. Maaf entri kali ini agak panjang.. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan "GONG XI FA CAI" kepada rakan-rakan kita yang berbangsa Tionghua dan selamat bercuti kepada semua.. Ingatlah orang yang tersayang jadi berhati-hati di jalanraya.. Salam perpaduan, salam mahasiswa & salam 1 Malaysia