Monday, January 11, 2010

Semester baru kini telah pun bermula.. Walaupun semester ini baru sehaja bermula namun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa kami hadapi.. Disini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan felo dan khususnya mahasiswa dan mahasiswi DPP TNB di atas kerjasama dan sokongan mereka yang padu serta jitu..

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa pada 23 Januari 2010 ini kami akan mengadakan projek pertama DPP TNB iaitu Multiculture Festival bertempat di Dewan Terbuka TNB.. Bagi pelajar baru di sini, program ini adalah satu program warisan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi yang terdiri daripada pelbagai kaum.. Kami amat berharap agar anda semua dapat turun beramai-ramai bagi memeriahkan program ini sambil mengambil kesempatan ini untuk saling mengenali antara satu sama lain dan juga merapatkan hubungan yang sedia terjalin..

Bagi makluman saudara dan saudari sekalian banyak projek yang akan kami adakan sepanjang tahun ini.. Takwim dan perancangannya akan kami keluarkan nanti dan harapan kami adalah anda semua akan memberikan sokongan yang padu lagi jitu bagi menjayakan projek projek yang akan dijalankan... Sesungguhnya marilah kita bersama-sama bekerjasama bagi menaikkan nama baik kolej kita ini..

No comments:

Post a Comment